Saman Bacaria Khairuddin_Abu_Hassan

Bernama melaporkan Ummi Hafilda Ali dan Khairuddin Abu Hassan menyaman akhbar tabloid Bacaria kerana menyiarkan artikel berunsur fitnah yang mendakwa mereka sudah berkahwin. Mereka menuntut ganti rugi RM10 juta daripada Karangkraf Sdn Bhd, Ultimate Print Sdn Bhd dan Media Network Sdn Bhd yang dinamakan sebagai defendan melalui saman yang difailkan pada 8 April .Artikel fitnah itu bertajuk "Ummi Hafilda Nikah" disiarkan oleh Bacaria pada 13 Mac 1999 .Reputasi mereka dikatakan terjejas sebagai manusia yang baik, usahawan dan saksi dalam kes Anwar.[2]